Masjid.me

Selamat Hari Raya… Maaf Zahir & Batin!
Assalamulaikum.. w.b.t

Alhamdulillah.. dah 26 hari masuk ke 27 hari kita puasa di bulan Ramadhan. Maknanya lagi 2 – 3 hari lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan 1423 Hijrah dan belum tentu kita dapat menempuh Ramadhan 1424 Hijrah. Ramadhan ini awalnya – Rahmat, pertengahannya – Keampunan, akhirnya – Bebas dari api neraka. Harapan saya semoga kita semua dapat rahmat, keampunan dan bebas dari api neraka ini… InsyaALLAH.. Jadi, kita dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri ini dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan di samping keredhaan ALLAH.

Sempena Hari Raya Aidifitri yang mulia ini saya sekeluarga ingin memohon ribuan ampun dan maaf, zahir dan batin.. seandainya ada silap dan salah dalam kata-kata di blog saya. Bagi yang balik kampung, yang menempuh jalan jauh dan masa yang panjang pastikan cukup rehat dan memandu dengan baik serta berhemah. Saya doakan sahabat2 selamat sampai ke tempat yang di tuju. Ingatlah orang yang tersayang!

Selamat Hari Raya… Maaf Zahir & Batin!

Ikhlas,

Naqyuddin Noradi

Pengajaran Israk & Mikraj
Assalamualaikum.. saudara2ku yg di rahmati ALLAH

Beberapa malam lepas aku sempat dan di izinkan Allah mendengarkan satu majlis ilmu mengenai Israk Mikraj. Aku rasa terpanggil untuk berkongsi apa yg aku dpt mlm tersebut, walaupun rasanya ramai juga yg dah tahu cerita mengenai Israk Mikraj ini.

Bulan Rejab jika di eja dengan Jawi terdiri dari huruf Ro – Rasulullah, Jim – Jibrail, Ba – Burok.. ia sangat sinonim dengan Israk Mikraj. Israk adalah perjalanan nabi dari Baitul Haram ke Baitul Maqdis, manakala Mikraj adalah perjalanan nabi dari Baitul Maqdis ke Baitul Makmur seterusnya ke Aras Allah s.w.t. Segalanya berlaku dalam satu malam sahaja. Macam2 yg rasulullah jumpa dalam perjalanan tersebut.. antaranya.

1)       Ada seorang ni di hidangkan dengan daging yg sedap dan yang busuk. Tapi mereka makan yang busuk. Bila di tanya kepada Jibrail berkenaan orang itu, maka Jibrail menerangkan inilah keadaan seorang suami yang memiliki isteri yang halal baginya tetapi mencari perempuan lain dan membuat hubungan dengan perempuan itu. Berjaga-jaga lah WAHAI SUAMI!

2)       Ada yg menghantukkan kepala mereka ke batu, kepala mereka pecah berkecai kemudian bercantum semula. Lalu di hantuk lagi kepala mereka sehingga pecah dan berulang2. Kata Jibrail “Inilah gambaran umatmu yg meninggalkan sembahyang!” Berjaga-jagalah WAHAI SAUDARA2KU… JAGALAH SOLATMU!

3)       Rasulullah di kejar oleh jin ifrit dengan membawa obor yg menyala-nyala. Lalu Jibrail berkata “Ya Rausullah, biarkan sahaja jin ifrit kerana dia dan seluruh keturunannya akan sentiasa menggodamu dan umatmu sehingga hari kiamat”. Hingga akhirnya jin ifrit itu jatuh tersungkur. AWAS GODAAN SYAITAN YG SENTIASA MEMESONGKAN KITA DARI JALAN YG BENAR! JALAN ISLAM INI!

4)       Kemudian Rasulullah di bawa naik oleh Jibrail ke langit yang ke 7 sehingga ke Baitul Makmur oleh Jibrail selepas tingkat itu Jibrail sudah tidak mampu naik lagi ke Aras ALLAH hanya Rasulullah sahaja yang boleh sampai ke situ berjumpa ALLAH ROBBUL JALIL. Lalu setibanya Rasulullah ke situ baginda pun sujud dan membaca “Subhana Robial A’ala Wabihamdih” kemudian baginda bangun dari sujud dan duduk tahyat akhir dan membaca “At-tahiyatul mubarakotus solawatut thoyyibatulillah” Lalu di jawab oleh ALLAH AZZA WAJALA “Assalamualika ayyuhannaibiyu wa rohmatullahi wabarokatuh” di saat ini oleh ALLAH menampakkan wajah Nya kepada Rasulullah. Lalu di balas lagi oleh Rasulullah “Assalamualaina wa ala ibadissolihin… Ashaduallailaha ilallah”. Kemudian di ikuti oleh para malaikat “Wa ashaduanna Muhammadar rosulullah” di kala itu langit ALLAH begitu tenang sekali… kemudian di ikuti lagi oleh seluruh penduduk langit “Allahumma sholliala Muhammad” bergema lah seluruh langit ketika itu. Inilah yg menjadi salah satu bacaan wajib ketika duduk tahiyat akhir di dalam solat.

5)       Sembahyang 5 waktu juga di fardhukan ketika Mikraj nabi berjumpa ALLAH. Asalnya dari 50 waktu hingga menjadi 5 waktu. Itu pun masih ramai lagi umat Muhammad yang masih tak mampu melaksanakannya, TERMASUKLAH KITA SEMUA NI SAUDARA2.

6)       Di ketika Mikraj ini, nabi juga di nampakkan dengan syurga yang terdiri daripada 8 tingkat, syurga yg teratas di panggil Syurga Adnin – tempat para nabi2 dan rasul2, kemudian Syurga Firdaus – tempat utk org2 alim. Rasulullah juga di nampakkan dengan 7 tingkat neraka. KEBANYAKKAN NERAKA ITU DI HUNI OLEH KAUM PEREMPUAN. Nabi menjadi hairan lalu baginda bertanya kpd Jibrail siapakah perempuan itu??? Jibrail menjawab “INILAH PEREMPUAN-PEREMPUAN YG TIDAK TAAT KPD SUAMI, PEREMPUAN2 YANG MENDEDAHKAN AURATNYA KEPADA BUKAN MUHRIM… RAMBUTNYA… LEHERNYA.. KAKINYA… TANGANNYA… TUBUHNYA…, JUGA PEREMPUAN2 YG BERSOLEK BERLEBIH-LEBIHAN BUKAN UTK SUAMINYA ‘TABARRUJ’” Aduh terasa sedih betul aku mendengar cerita ini. Sedang betapa ramainya nisbah perempuan kepada lelaki, tapi berapa ramai perempuan yang MENJAGA AURATNYA… Masing2 lebih selesa dengan keadaan mereka seperti itu. Terkadang sudah menutup aurat tetapi masih menampakkan susuk tubuh. Berapa ramai perempuan2 Islam yang keluar rumah memakai ‘legging’. Aduh… aku rasa inilah yg Rasulullah lihat di dalam neraka. WAHAI PEREMPUAN2 MUSLIM PAKAILAH TUDUNG MU, TUTUPLAH AURAT MU, JAGA PAKAIAN MU, BERSOLEKLAH UTK SUAMI DAN TIDAK SALAH BERSOLEK KETIKA KELUAR RUMAH DENGAN BERSEDERHANA CUMA JANGAN BERLEBIH (TABARRUJ).

7)       Setiap hari 5 kali sebenarnya kita ber’Mikraj’ di dalam solat dan di kala solat itu jugalah kita berkomunikasi dengan ALLAH. Lalu apa lagi yang tinggal jika solat itu juga kita tinggalkan? Bagaimana kita ingin mendekatkan diri kepada ALLAH? Sedang syurga itu layaknya adalah hanya untuk yang hampir dengan ALLAH.

Masih banyak lagi kisah2 yang boleh di ambil dalam Israk & Mikarj Rasulullah ni sebenarnya. Jadi, aku rasa cukup setakat ini dulu untuk PERINGATAN KEPADA KITA YG SENTIASA LALAI menjalankan amanah ALLAH sebagai khalifah di bumi ini. Aku sedar ada yg mungkin tidak setuju dgn apa yg aku paparkan di sini. Tapi cuba sahabat2 renungkan satu ayat dari Surah Yaasin ini.

77. Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penantang yang nyata!

Ingat balik bagaimana kejadian kita.. hasil dari hubungan ibu dan bapa kita dari satu ikatan yg sah (nikah). Dari setitis air mani yang hina itu bercantum dan menjadi seketul darah… daging… hingga lahir… kemudian membesar hingga menjadi seperti ini.. mampu membaca… bekerja dan mendapat habuan dari kerja ini.. adakah sahabat sangka ini semua hanya bergantung kepada usaha sahabat semata…. tanpa campur tangan ALLAH.. renungkan pula ayat dari Surah Al Mulk ini

21. Atau siapakah dia yang memberi kamu rezki jika Allah menahan rezki-Nya? Sebenarnya mereka terus menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri?

Sedikit coretan dari ku ini semoga dapat memberi iktibar kepada kita. Aku harapkan sahabat2 dpt menyebarkan artikel ini kpd saudara-mara, sahabat-sahabat lain yg tidak membaca catatan ini melalui komputer mereka. Semoga usaha sahabat2 sentiasa mendapat ‘Redha ALLAH’. Amin..

Ikhlas,

Naqyuddin Noradi

http://www.masjid.me

Allah rahsiakan bila kiamat
Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

SEMUA keindahan dan nikmat yang ada di dunia tidak dapat mengatasi ganjaran yang disediakan di syurga Allah. – gambar hiasan

Mukadimah

Al-Maraghi berkata: Selepas Allah SWT menjelaskan kekuasaan-Nya dengan kebangkitan semula orang yang telah mati sebagaimana Dia berkuasa mencipta alam semesta. Kemudian Dia menerangkan berkenaan kebenaran yang diwahyukan kepada nabi-Nya bahawa hari kebangkitan manusia adalah milik Allah Tuhan Alam Semesta.

Ketika malapetakanya yang hebat melebihi segala bencana itu datang, ketika segala perbuatan diperlihatkan kepada para pengamalnya ketika itulah manusia mengingati apa yang telah dilakukannya.

Allah SWT memperlihatkan neraka di hadapan manusia sehingga semua mata dapat melihatnya. Pada hari itulah ditimpakan pembalasan kepada manusia yang melampaui batasan syariat Allah.

Ini kerana mereka mengutamakan kelazatan dunia dari akhirat untuk mereka itulah neraka sebagai tempat azab. Sementara manusia yang takut kepada kebesaran dan keagungan Tuhan-Nya serta mengawal hawa nafsunya, maka sudah pasti syurga tempatnya sebagai pembalasan apa yang telah mereka kerjakan dahulu.

Firman Allah SWT: Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar. Ibn Abbas berkata: Iaitu hari kiamat. Ibn Kathir berkata: Disebut dengan perkataan Tammah kerana ia meliputi segala yang menakutkan lagi menyeramkan.

Firman Allah SWT: Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya. Al-Maraghi berkata: Pada hari itu manusia melihat perbuatannya termaktub dalam buku catatan amalannya yang hampir dilupakan tetapi dia segera mengingati kembali apa yang dilakukan dahulu.

Firman Allah SWT: Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya.Syed Qutb berkata: Neraka kelihatan jelas kepada setiap mata yang membawa makna dan bunyi yang kasar dan keras dan menonjol pemandangan neraka di hadapan setiap mata.

Ketika itu manusia akan menerima balasan dan akibat yang berbeza-beza. Dan ketika itu lahirlah tujuan dan matlamat pentadbiran dan perencanaan Allah yang mewujudkan kehidupan dunia.

Firman Allah SWT: Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya), adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya). Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata. Maka sesungguhnya neraka jahanamlah tempat kediamannya.

Al-Maraghi berkata: Orang yang sombong, melampaui batas dan mengutamakan kelazatan dunia serta nafsu syahwatnya daripada akhirat, maka nerakalah tempat tinggalnya.

Firman Allah SWT: Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu. Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.

Syed Qutb berkata: Pencegahan diri dari keinginan hawa nafsu merupakan tiang seri ketaatan. Keinginan hawa nafsu merupakan pendorong yang kuat kepada tindak-tanduk yang melampau dan kepada perbuatan maksiat.

Ia menjadi punca segala bala bencana dan kejahatan. Jarang manusia binasa kecuali dengan sebab mengikut hawa nafsu.

Kejahilan mudah diubati tetapi penyakit mengikut hawa nafsu selepas berilmu merupakan penyakit jiwa yang memerlukan mujahadah yang bersungguh-sungguh dan memerlukan masa yang lama untuk mengubatinya.

Perasaan takut kepada Allah SWT merupakan dinding yang teguh untuk mencegah segala keinginan nafsu yang kuat tetapi semua dinding yang lain jarang dapat mencegah gelojak hawa nafsu kerana itulah kedua-duanya dikumpulkan dalam satu ayat.

Yang bercakap di sini ialah Allah pencipta manusia. Kerana itu Dialah yang mengetahui tentang penyakit jiwa dan ubatnya. Begitu juga Maha Mengetahui dengan segala lorong dan likunya.

Dialah Maha Mengetahui di mana tersembunyinya keinginan nafsu dan apakah pula ubatnya dan bagaimana mengusir dan memburu hawa nafsu itu dari tempat-tempat persembunyiannya.

Firman Allah SWT: Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Begitu juga persoalan berlegar kepada orang yang telah mati, bila akan dibangkitkan? Ibn Kathir berkata: Pengetahuan tentangnya tidak diberikan kepadamu.

Firman Allah SWT: Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?

Diriwayatkan oleh Aishah r.anha bahawa Rasulullah SAW sering menyebut hari kiamat dan hal itu selalu ditanya sehinggalah ayat ini diturunkan.

Al-Maraghi berkata: Kamu jangan bersedih hati dalam menangani masalah ini serta jangan memaksa diri kamu untuk mengetahui rahsia-rahsianya dan ingin mengetahui sesuatu yang disembunyikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.

Firman Allah SWT: Kepada Tuhanmulah terserah kesudahan ilmu mengenainya. Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.

Ibn Kathir berkata: Barang siapa yang takut kepada Allah SWT dan takut kepada ancaman-Nya, maka dia akan mengikutimu. Oleh yang demikian, dia sangat beruntung dan memperoleh kegembiraan. Kegagalan dan kerugian hanya untuk orang yang mendustakan dan melakukan penentangan.

Firman Allah SWT: (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

Al-Maraghi berkata: Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan yang sama seperti kenyataan di atas: Aku akan mengunjungi kamu pada waktu petang atau pagi. Atau sebaliknya, ungkapan ini bermaksud mereka akan memendekkan masa kunjungannya dan sangkaan mereka hanya akan tinggal sepanjang waktu petang atau pagi.

Penutup

Syed Qutb berkata: Selesailah sudah kehidupan dunia yang selalu membuat penghuni-penghuninya berperang dan bertarung satu sama lain kerana merebut kenikmatannya. Dunia yang selalu membuat mereka mengutamakan kenikmatannya dan mengabaikan usaha mereka mendapat habuan di akhirat.

Dunia yang selalu membuat mereka sanggup melakukan untuknya segala jenayah, maksiat dan kezaliman, dan dunia yang selalu membuat mereka dihanyut nafsu dan hidup kerana nafsu.

Terlipatlah sudah kehidupan dunia ini dalam hati pencintanya hingga dirasakan mereka seolah-olah kehidupan itu hanya berlangsung selama satu petang atau satu pagi sahaja. Inilah kehidupan dunia yang singkat.

Adakah kerana kehidupan pagi dan petang, mereka sanggup mengorbankan kehidupan akhirat yang kekal?

Adakah kerana kepuasan hawa nafsu yang fana, mereka sanggup meninggalkan kediaman syurga yang kekal di akhirat? Tidakkah ini suatu kebodohan yang paling besar?

Jadilah Orang Luar Biasa!
Assalamuaalaikum…

Bila bercerita tentang orang luar biasa ni saya ingat mesti ramai yang ingat nak jadi Superman ke… Spiderman.. Batman… x-men dan macam-macam “man” lagi. Ia betul jika kita pandang luar biasa dari sudut luaran atau kehebatan di bandingkan dengan manusia biasa yang lain. Tapi, tidak tepat jika di rujuk makna sebenar ke”luar biasa”an manusia di sisi Allah. Habis tu macam mana yang di katakan luar biasa???

Selalu kita memberi pada orang lain.. memberi dan terus memberi.. tapi adakalanya mereka yang di beri pun lupa apa yang mereka terima dari kita atau dari orang lain. Kadang-kadang tu mereka yang kita beri pun sudah senang, sedang kita semakin susah di sebabkan mungkin masalah yang lain. Jika mereka jumpa kita di dalam keadaan susah itu pun mereka tak mengambil endah tentang kita, sedangkan kita telah banyak menolong mereka semasa mereka susah. Jadi, kalau kita memberi walau banyak mana sekalipun janganlah kita mengungkit-ungkit apa yang telah kita berikan. Redhalah sahaja semoga ganjarannya di akhirat kelak, kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Perkara ini memang biasa.. jadilah orang yang positif, sentiasa bersangka baik kepada mereka.

Berbudi pun samalah, pepatah Melayu pun ada menyebut “Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”. Maksudnya orang memberi kita pun membalas budi mereka, itu pun masih biasa lagi. Tapi, jika ada seorang yang kita pernah tolong walau pun dengan hanya memberikan RM1 tapi mereka mengenang budi kita itu sampai mati… inilah “Orang Luar Biasa” yang menjadi tajuk post ini.

Jadilah seperti orang ini… jadilah “Orang Luar Biasa”.

Orang biasa ingat apa yang orang berikan pada mereka sekali atau kadang-kadang tak ingat terus. Tapi, orang luar biasa ni ingat sejuta kali bahkan terkadang ber”trilion” kali apa yang orang lain berikan pada mereka. Itulah bezanya.

Macamana nak jadi orang luar biasa???

Pernah ke kita ucap “Terima kasih Ya Allah kerana hidupkan aku lagi” bila bangun dari tidur??? Itu pun masih biasa.. utk jadi lebih luar biasa ucapkan begini “Terima kasih Ya Allah kerana bagi aku tidur dan boleh bangun lagi ni”. Jadi, berapa banyak yang Allah berikan tapi kita tidak sedar… sedang kita mencari yang masih belum kita dapat. Berapa banyak kita ucap “Terima kasih Ya Allah kerana bagi aku gaji bulan ini” bila cukup bulan dapat gaji. Yang kita ucap biasanya “Ya Allah tak cukup gaji aku bulan ni” yang biasa kita buat mengeluh.. mengeluh… dan terus mengeluh… sedang tak pernah pun kita ber”terima kasih” dengan Allah.

Jadi, mulai hari ini.. saat ini.. detik ini… jadilah “orang luar biasa” di sisi Allah. Setiap apa yang kita dapat, makan, minum, pakai, tidur, bangun, kenderaan, masalah semuanya kena ber”terima kasih” kepada Allah. Setiap perkara yang kita dapat mesti di ucapkan dengan Alhamdulillah dan “Terima Kasih Ya Allah kerana…..”

Mulai sekarang ucapkan “Terima Kasih Ya Allah kerana beri aku gaji bulan ni” maka anda akan rasai perubahan yang drastik dalam hidup di saat anda mengucapkan perkataan itu.. duit gaji semakin lambat habis sedangkan biasanya baru dapat gaji dah habis.

Rasailah betapa kecilnya kita di sisi Allah.. sehingga kita tidak mampu hidup tanpa belas ehsan Allah.. tanpa kasih sayang Allah… tanpa Rahman dan Rahim Allah

Jadilah “Orang Yang Luar Biasa!” sekarang! saudara-saudaraku.

Moga hidup ini lebih bermakna.

Lirik Insya Allah – Maher Zain (Versi Melayu)
Andainya kau rasa tak berupaya

Hidup sendirian tiada pembela

Segalanya suram

Bagai malam yang kelam

Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa

Kerana Allah bersamamu

Chorus

Insya Allah Insya Allah Insya Allah

Ada jalannya

Insya Allah Insya Allah Insya Allah

Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi

Bagai tiada ruang untuk kembali

Dikau keliru atas kesilapan lalu

Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa

Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah

Kepada Yang Esa

Yakin padaNya

Panjatkanlah doa

Oh Ya Allah

Pimpinlah daku dari tersasar

Tunjukkan daku ke jalan yang benar

Jalan yang benar

Jalan yang benar

Jalan yang benar

Ulang Chorus

Open Your Eyes Lyrics by Maher Zain
By: Maher Zain

Look around yourselves

Can’t you see this wonder

Spreaded infront of you

The clouds floating by

The skies are clear and blue

Planets in the orbits

The moon and the sun

Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves

Isn’t this proof enough for us

Or are we so blind

To push it all aside..

No..

We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look bright to see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way

(Allah..)

Guide us every single day..

(Allah..)

Keep us close to You

Until the end of time..

Look inside yourselves

Such a perfect order

Hiding in yourselves

Running in your veins

What about anger love and pain

And all the things you’re feeling

Can you touch them with your hand?

So are they really there?

Lets start question in ourselves

Isn’t this proof enough for us?

Or are we so blind

To push it all aside..?

No..

We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look bright to see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way

(Allah..)

Guide us every single day..

(Allah..)

Keep us close to You

Until the end of time..

When a baby’s born

So helpless and weak

And you’re watching him growing..

So why deny

Whats in front of your eyes

The biggest miracle of life..

We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look quiet we’ll see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way

(Allah..)

Guide us every single day..

(Allah..)

Keep us close to You

Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds

If you just look bright to see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way

(Allah..)

Guide us every single day..

(Allah..)

Keep us close to You

Until the end of time..

Allah..

You created everything

We belong to You

Ya Robb we raise our hands

Forever we thank You..

Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain

Album: Thank You Allah

Copyright: Awakening Records 2009

Lirik Lagu Rapuh oleh Opick
Detik waktu terus berjalan

berhias gelap dan terang

suka dan duka tangis dan tawa

tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi

hadir bagai teman sejati

di antara lelahnya jiwa

dalam resah dan air mata

kupersembahkan kepadaMu

yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah

kadang tak setia kepadaMu

namun cinta dalam jiwa

hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati

tak sempurna mencintaiMu

dalam dadaku harap hanya

diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu

semua berakhir padaMu

Berita yang menggemparkan dari Al-Quran
Assalamualaikum sahabat…

Saya terpanggil menyampaikan BERITA GEMPAR! ini untuk sahabat2 yang sentiasa di rahmati ALLAH.

Di kala membaca catatan ini pastinya banyak kerosakan yg saban hari kita dengar sama ada manusia, alam, haiwan, bencana, banjir, ribut taufan dll lagi. Pernah tengok 2012. Ini mungkin sekadar gambaran awal yg di reka oleh pembikin filem di AS. Berita GEMPAR nya…. keadaan ini memang akan berlsaya. Cuma bila? Bagaimana? Di mana bermula? Masih tidak di ketahui… tapi sekarang cuba saudara2 renung sejenak BERITA GEMPAR dari ALLAH yang telah di catatkan seperti di bawah ini….

Dalam surah Al-Anbiyaa : ayat 92 – 112

92. Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu [971] dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.

[971]. Maksudnya: sama dalam pokok-pokok kepercayaan dan pokok-pokok Syari’at.

Maka bersyukur lah kerana kita di takdirkan telah beragama Islam sekarang… tapi, cukupkah dengan nama Islam sahaja tanpa melaksanakan apa yang di perintah oleh Allah.. tanya diri sendiri sahabat.

93. Dan mereka telah memotong-motong urusan (agama) mereka di antara mereka. Kepada Kamilah masing-masing golongan itu akan kembali[972].

[972]. Maksud ayat ini: agama yang diturunkan Allah itu adalah satu ialah agama Tauhid (Agama Islam), oleh kerana itu seharusnya manusia menganut satu agama, tetapi mereka telah berpecah belah, mereka semuanya akan kembali kepada Allah akan menghisab mereka.

Jadi, adakah kita rasa kita tidak akan di kembalikan semula kepada Allah untuk di hisab segala amalan. Jika demikian.. sahabat pasti silap!!! Betulkan keadaan sahabat sekarang sebelum ajal menjemput mungkin sesaat selepas ini.

94. Maka barang siapa yang mengerjakan amal saleh, sedang ia beriman, maka tidak ada pengingkaran terhadap amalannya itu dan sesungguhnya Kami menuliskan amalannya itu untuknya.

95. Sungguh tidak mungkin atas (penduduk) suatu negeri yang telah Kami binasakan, bahwa mereka tidak akan kembali (kepada Kami).

96. Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya’juj dan Ma’juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.

Tanda ini mungkin belum nampak sekarang.. tapi boleh jadi ia akan terjadi dalam masa terdekat ni…

97. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim.”

Penyesalan.. demi penyesalan… demi penyesalan… yang tak mungkin dapat di betulkan lagi (adakah ini yang sahabat2 mahu?)

98. Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, adalah umpan Jahannam, kamu pasti masuk ke dalamnya.

99. Andaikata berhala-berhala itu Tuhan, tentulah mereka tidak masuk neraka. Dan semuanya akan kekal di dalamnya.

100. Mereka merintih di dalam api dan mereka di dalamnya tidak bisa mendengar.

Sekarang cuba sahabat hulurkan tangan atau salaikan tangan di atas api di dapur gas rumah masing2… mampu kah menahan panasnya api itu.? Sedang tangan pun tidak sanggup di layurkan di atas api… inikan pula api yang membakar seluruh tubuh hidup2

101. Bahwasanya orang-orang yang telah ada untuk mereka ketetapan yang baik dari Kami, mereka itu dijauhkan dari neraka,

102. mereka tidak mendengar sedikitpun suara api neraka, dan mereka kekal dalam menikmati apa yang diingini oleh mereka.

103. Mereka tidak disusahkan oleh kedahsyatan yang besar (pada hari kiamat), dan mereka disambut oleh para malaikat. (Malaikat berkata): “Inilah harimu yang telah dijanjikan kepadamu.”

MasyaAllah… inilah nikmat yang sebenar2nya sahabat. Yang abadi dan tak berpenghujung… Lalu cari lah… cari lah sebaik mungkin!

104. (Yaitu) pada hari Kami gulung langit sebagai menggulung lembaran – lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai panciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati; sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya.

Inilah BERITA GEMPAR yang saya sebutkan di awal catatan tadi. Bayangkan bagaimana keadaan kita waktu itu. Kalau Tsunami yang lalu menghancurkan beratus ribu nyawa. Kalau Hari Akhirat sudah tentu berTRILION manusia yang hancur berkecai. Mana kita nak selamatkan anak yang sedang menyusu, ibu dan bapa yang sudah tua, bukit dan gunung bertebangan, pasangan berkasih tak peduli lagi kekasih nya, rumah yg besar2 hancur menjadi debu. Lalu masih kah kita memikirkan DUNIA di waktu itu?

105. Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur[973] sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang saleh.

[973]. Yang dimaksud dengan Zabur di sini ialah seluruh kitab yang diturunkan Allah kepada nabi-nabi-Nya. Sebahagian ahli tafsir mengartikan dengan kitab yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s. dengan demikian Adz Dzikr artinya adalah kitab Taurat.

106. Sesungguhnya (apa yang disebutkan) dalam (surat) ini, benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah (Allah).

107. Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.

108. Katakanlah: “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku adalah: “Bahwasanya Tuhanmu adalah Tuhan Yang Esa. maka hendaklah kamu berserah diri (kepada-Nya).”

109. Jika mereka berpaling, maka katakanlah: “Aku telah menyampaikan kepada kamu sekalian (ajaran) yang sama (antara kita) dan aku tidak mengetahui apakah yang diancamkan kepadamu itu sudah dekat atau masih jauh?.”

110. Sesungguhnya Dia mengetahui perkataan (yang kamu ucapkan) dengan terang-terangan dan Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan.

111. Dan aku tiada mengetahui, boleh jadi hal itu[974] cobaan bagi kamu dan kesenangan sampai kepada suatu waktu.

[974]. Maksudnya: melambatkan datangnya azab kepada mereka.

112. (Muhammad) berkata: “Ya Tuhanku, berilah keputusan dengan adil[975]. Dan Tuhan kami ialah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Yang dimohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu katakan.”

[975]. Yaitu antara kami dengan ahli Mekah.

Sekarang!!! Apa yang boleh kita buat?

-          Dirikan solat (saya gunakan dirikan bukan tunaikan solat sebab memang susah utk melaksanakan ibadat ini)

-          Dirikan solat (ini yg membezakan kafir dengan Islam, jika mengsaya sahaja Islam tapi tidak solat… Jadi, apa bezanya?)

-          Dirikan solat (perbaiki setiap hari – lsayakan tepat pada waktunya, secara berjemaah, kita hidup bukan sorang2 tn2)

-          Jangan tinggalkan sembahyang (melaksanakannya menjauhkan kemungkaran)

-          Jangan tinggalkan sembahyang (tiada alasan untuk tidak sembahyang)

-          Jangan tinggalkan sembahyang (jangan tunggu TUA baru nak sembahyang, sbb mungkin kita tak sampai TUA)

-          Jangan tinggalkan sembahyang (kita ni Hamba sahabat2 – kenapa nak berlagak sangat macam Tuan)

-          Puasa bulan Ramadhan WAJIB (kalau puasa je tapi masih tak sembahyang pun tak guna jugak… tolonglah Sembahyang untuk menyelamatkan diri sendiri bukan orang lain)

-          Zakat (banyak jenis… pendapatan, emas, perak, simpanan, pelaburan dll)

-          Haji jika MAMPU

-          Amalkan perkara YANG BAIK dan tinggalkan perkara YANG MUNGKAR!!!

Seterusnya…

Sebarkan catatan BERITA GEMPAR ini kepada seluruh ahli keluarga, kawan2 dan sesiapa sahaja asalkan mereka ISLAM. Ini mungkin sedikit dakwah yang boleh mengubah NASIB KITA DI HARI KIAMAT… KE SYURGA KAH… ATAU KE NERAKA KAH KITA?

Sahabat boleh ‘forward’kan e-mail2 yang lawak, lucu, sedih, gembira dsb kenapa pula tak forward catatan yang seperti ini?

Mungkin juga boleh di ‘print’kan catatan ini untuk dijadikan santapan jiwa yang semakin KACAU….

Tarik balik jiwa yang sudah tak berkemudi ini supaya ia kembali ke JALAN YANG BENAR DAN LURUS… InsyaAllah…

Khutbah Jumaat: Kelebihan Bulan Zulhijjah
Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat  ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah: “KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Kini kita berada pada 5 Zulhijjah. Bulan yang mulia lagi berkat ini merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan terutamanya pada sepuluh hari pertama dalam bulan ini. Firman Allah SWT dalam surah  al-Fajr ayat 1-3:

Maksudnya: “Demi waktu fajar Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah Dan bilangan yang genap serta yang ganjil.”

Ibnu Kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam yang pertama di bulan Zulhijjah, manakala yang ganjil tersebut ialah hari Arafah. Sabda Rasulullah SAW:

Yang bermaksud :“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah SWT akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari arafah. ” (Riwayat Muslim)

Dan sabda Rasulullah SAW lagi ketika mentafsirkan ayat ke 3 dari surah al-Buruj:

Bermaksud : “Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat. ” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Banyak hadith yang menceritakan tentang kelebihan bulan Zulhijjah ini antaranya daripada Imam Ahmad RA meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar RA bahawa Baginda SAW bersabda: “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.Dan Ibnu Hibban menyatakan di dalam kitab Sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.

Untuk mencapai kelebihan pada bulan ini maka umat Islam di anjurkan pelbagai amalan antaranya, Pertama: Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan, Kedua: Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuan terutamanya pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW:

bermaksud : “Puasa pada hari arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)

Ketiga: Memperbanyakkan takbir dan berzikir. Imam al-Bukhari RA meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah RA selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai dengan lafaz “Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu”.

Keempat: Bertaubat dengan  meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Kelima: Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Keenam: Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, disunatkan bertakbir bermula dari waktu subuh hari raya dan berakhir sehingga waktu Asar pada  hari 13 Zulhijjah. Ketujuh: Disyari’atkan amalan korban iaitu menyembelih haiwan ternakan pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah amalan nabi Allah Ibrahim ‘AS setelah Allah SWT mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘AS tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Amalan paling agung pada bulan yang mulia ini ialah menunaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima. Perjalanan rohani ini merupakan satu kewajipan yang mesti ditunaikan bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Ali ‘Imran, ayat 97:

Maksudnya: “Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; diantaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.”

Orang-orang yang menunaikan fardu haji adalah merupakan tetamu Allah SWT . Mereka sanggup berkorban harta, tenaga dan masa demi menunaikan perintah Allah. Berdasarkan kesungguhan dan pengorbanan tinggi jemaah haji dalam membuat persiapan melaksanakan ibadah tersebut, maka diharapkan ibadat haji yang dilaksanakan itu mendapat ganjaran haji yang mabrur. Haji mabrur adalah haji yang diterima dan dikurniakan ganjaran syurga oleh Allah SWT, ia merupakan kedudukan yang paling tinggi dan istimewa, malah ingin dikecapi oleh sesiapa sahaja yang menunaikan ibadah haji tersebut.

Syeikh Mustafa az-Zarqa’ dalam buku Fatwa Hukum Haji dan Kelebihannya ketika ditanya makna haji yang mabrur, menyatakan di antara ciri-ciri haji yang diterima ialah:“ Hendaklah bagi mereka yang menunaikan haji tidak melampau-lampau di dalam mengerjakan kewajipan haji, tidak mengabaikan adab-adab haji dan sunnah-sunnahnya, memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi teladan (kepada orang lain) dengan memiliki budi pekerti yang baik, memberi makan sekadar kemampuannya, berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap cabaran yang ditempuh, bersikap berlapang dada dan pemaaf, kembalinya dari haji dengan memandang tinggi kehidupan akhirat dan berniat untuk kekal (seperti keadaan tersebut) dan istiqomah”.

Banyak juga persoalan yang di timbulkan bahawa mereka yang memperolehi haji mabrur itu dikatakan akan mengalami peristiwa yang pelik antaranya tersesat di dalam perjalanan, hilang harta-benda, mendapat mimpi dan sebagainya. Sebenarnya ini adalah pandangan dan tanda-tanda yang tidak betul kerana ibadat haji seseorang itu diterima ataupun ditolak oleh Allah SWT dapat dilihat setelah beliau kembali dari menunaikan ibadat haji. Menurut  al-Khawwas dalam kitab Bughyatul Mustarsyidin bahawa: Setelah mereka kembali dari mengerjakan ibadat haji, mereka berakhlak dengan akhlak Rasulullah SAW, mereka tidak akan mencebur diri di dalam dosa dan tidak memandang dirinya lebih tinggi daripada seorang hamba-hamba Allah SWT, tidak pula merebut-rebut untuk mendapat sesuatu daripada perkara dunia. Manakala tanda ibadat hajinya tidak di terima ialah bahawa mereka kembali semula kepada keadaanya sebelum mengerjakan haji.

Mengambil kesempatan khutbah pada minggu ini, mimbar ingin memaklumkan bahawa sebahagian dari rakyat di negara kita terutama di negeri Kedah dan Perlis sedang menghadapi bencana banjir yang mengakibatkan banyak kerosakan harta benda termasuk masjid dan surau. Sehubungan dengan itu sebagai tanda pengorbanan dan perihatin kita, marilah sama-sama kita menghulurkan sumbangan dan bantuan bagi meringankan beban yang dihadapi mereka ini. Sumbangan dan bantuan para muslimin sekalian bolehlah dihulurkan melalui pertubuhan atau NGO yang mengendalikannya atau melalui  tabung-tabung masjid yang telah di sediakan pada hari ini.

Mengakhiri khutbah pada  minggu ini, mimbar menyeru marilah sama-sama kita mengambil peluang keemasan pada bulan yang mulia ini dengan melakukan ibadat kepada Allah SWT. Ia satu keadaan di mana kita berpeluang untuk menebus dosa di atas segala kesalahan-kesalahan lalu. Ini kerana manusia tidak akan sepi daripada melakukan dosa. Maka bulan yang mulia ini perlu dipelihara sebaik mungkin untuk mendekati diri kepada Allah SWT. Mimbar juga menyeru kepada semua bakal-bakal haji agar menjaga segala peraturan dan panduan demi mendapat keredaan Allah SWT. Apa yang penting mereka ini bukan sekadar membawa perubahan pada diri, tetapi juga mampu membawa perubahan kepada keluarga dan masyarakat.

Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini, mimbar menyeru marilah kita sama-sama melakukan puasa sunat hari Arafah iaitu pada hari Selasa 16hb November bersamaan  9 Zulhijjah yang mempunyai fadilat yang amat besar serta melaksanakan ibadat korban pada Iduladha dan hari-hari tasyriq.  Marilah sama sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 37:

Maksudnya: “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah; dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”(Surah an-Nuur: 37)

Surah Asy Syams – Shiekh Shahat Anwar
httpv://www.youtube.com/watch?v=sdMJ-d-g0gM