Assalamualaikum.. saudara2ku yg di rahmati ALLAH
Beberapa malam lepas aku sempat dan di izinkan Allah mendengarkan satu majlis ilmu mengenai Israk Mikraj. Aku rasa terpanggil untuk berkongsi apa yg aku dpt mlm tersebut, walaupun rasanya ramai juga yg dah tahu cerita mengenai Israk Mikraj ini.
Bulan Rejab jika di eja dengan Jawi terdiri dari huruf Ro – Rasulullah, Jim – Jibrail, Ba – Burok.. ia sangat sinonim dengan Israk Mikraj. Israk adalah perjalanan nabi dari Baitul Haram ke Baitul Maqdis, manakala Mikraj adalah perjalanan nabi dari Baitul Maqdis ke Baitul Makmur seterusnya ke Aras Allah s.w.t. Segalanya berlaku dalam satu malam sahaja. Macam2 yg rasulullah jumpa dalam perjalanan tersebut.. antaranya.
1) Ada seorang ni di hidangkan dengan daging yg sedap dan yang busuk. Tapi mereka makan yang busuk. Bila di tanya kepada Jibrail berkenaan orang itu, maka Jibrail menerangkan inilah keadaan seorang suami yang memiliki isteri yang halal baginya tetapi mencari perempuan lain dan membuat hubungan dengan perempuan itu. Berjaga-jaga lah WAHAI SUAMI!
2) Ada yg menghantukkan kepala mereka ke batu, kepala mereka pecah berkecai kemudian bercantum semula. Lalu di hantuk lagi kepala mereka sehingga pecah dan berulang2. Kata Jibrail “Inilah gambaran umatmu yg meninggalkan sembahyang!” Berjaga-jagalah WAHAI SAUDARA2KU… JAGALAH SOLATMU!
3) Rasulullah di kejar oleh jin ifrit dengan membawa obor yg menyala-nyala. Lalu Jibrail berkata “Ya Rausullah, biarkan sahaja jin ifrit kerana dia dan seluruh keturunannya akan sentiasa menggodamu dan umatmu sehingga hari kiamat”. Hingga akhirnya jin ifrit itu jatuh tersungkur. AWAS GODAAN SYAITAN YG SENTIASA MEMESONGKAN KITA DARI JALAN YG BENAR! JALAN ISLAM INI!
4) Kemudian Rasulullah di bawa naik oleh Jibrail ke langit yang ke 7 sehingga ke Baitul Makmur oleh Jibrail selepas tingkat itu Jibrail sudah tidak mampu naik lagi ke Aras ALLAH hanya Rasulullah sahaja yang boleh sampai ke situ berjumpa ALLAH ROBBUL JALIL. Lalu setibanya Rasulullah ke situ baginda pun sujud dan membaca “Subhana Robial A’ala Wabihamdih” kemudian baginda bangun dari sujud dan duduk tahyat akhir dan membaca “At-tahiyatul mubarakotus solawatut thoyyibatulillah” Lalu di jawab oleh ALLAH AZZA WAJALA “Assalamualika ayyuhannaibiyu wa rohmatullahi wabarokatuh” di saat ini oleh ALLAH menampakkan wajah Nya kepada Rasulullah. Lalu di balas lagi oleh Rasulullah “Assalamualaina wa ala ibadissolihin… Ashaduallailaha ilallah”. Kemudian di ikuti oleh para malaikat “Wa ashaduanna Muhammadar rosulullah” di kala itu langit ALLAH begitu tenang sekali… kemudian di ikuti lagi oleh seluruh penduduk langit “Allahumma sholliala Muhammad” bergema lah seluruh langit ketika itu. Inilah yg menjadi salah satu bacaan wajib ketika duduk tahiyat akhir di dalam solat.
5) Sembahyang 5 waktu juga di fardhukan ketika Mikraj nabi berjumpa ALLAH. Asalnya dari 50 waktu hingga menjadi 5 waktu. Itu pun masih ramai lagi umat Muhammad yang masih tak mampu melaksanakannya, TERMASUKLAH KITA SEMUA NI SAUDARA2.
6) Di ketika Mikraj ini, nabi juga di nampakkan dengan syurga yang terdiri daripada 8 tingkat, syurga yg teratas di panggil Syurga Adnin – tempat para nabi2 dan rasul2, kemudian Syurga Firdaus – tempat utk org2 alim. Rasulullah juga di nampakkan dengan 7 tingkat neraka. KEBANYAKKAN NERAKA ITU DI HUNI OLEH KAUM PEREMPUAN. Nabi menjadi hairan lalu baginda bertanya kpd Jibrail siapakah perempuan itu??? Jibrail menjawab “INILAH PEREMPUAN-PEREMPUAN YG TIDAK TAAT KPD SUAMI, PEREMPUAN2 YANG MENDEDAHKAN AURATNYA KEPADA BUKAN MUHRIM… RAMBUTNYA… LEHERNYA.. KAKINYA… TANGANNYA… TUBUHNYA…, JUGA PEREMPUAN2 YG BERSOLEK BERLEBIH-LEBIHAN BUKAN UTK SUAMINYA ‘TABARRUJ’” Aduh terasa sedih betul aku mendengar cerita ini. Sedang betapa ramainya nisbah perempuan kepada lelaki, tapi berapa ramai perempuan yang MENJAGA AURATNYA… Masing2 lebih selesa dengan keadaan mereka seperti itu. Terkadang sudah menutup aurat tetapi masih menampakkan susuk tubuh. Berapa ramai perempuan2 Islam yang keluar rumah memakai ‘legging’. Aduh… aku rasa inilah yg Rasulullah lihat di dalam neraka. WAHAI PEREMPUAN2 MUSLIM PAKAILAH TUDUNG MU, TUTUPLAH AURAT MU, JAGA PAKAIAN MU, BERSOLEKLAH UTK SUAMI DAN TIDAK SALAH BERSOLEK KETIKA KELUAR RUMAH DENGAN BERSEDERHANA CUMA JANGAN BERLEBIH (TABARRUJ).
7) Setiap hari 5 kali sebenarnya kita ber’Mikraj’ di dalam solat dan di kala solat itu jugalah kita berkomunikasi dengan ALLAH. Lalu apa lagi yang tinggal jika solat itu juga kita tinggalkan? Bagaimana kita ingin mendekatkan diri kepada ALLAH? Sedang syurga itu layaknya adalah hanya untuk yang hampir dengan ALLAH.
Masih banyak lagi kisah2 yang boleh di ambil dalam Israk & Mikarj Rasulullah ni sebenarnya. Jadi, aku rasa cukup setakat ini dulu untuk PERINGATAN KEPADA KITA YG SENTIASA LALAI menjalankan amanah ALLAH sebagai khalifah di bumi ini. Aku sedar ada yg mungkin tidak setuju dgn apa yg aku paparkan di sini. Tapi cuba sahabat2 renungkan satu ayat dari Surah Yaasin ini.
77. Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penantang yang nyata!
Ingat balik bagaimana kejadian kita.. hasil dari hubungan ibu dan bapa kita dari satu ikatan yg sah (nikah). Dari setitis air mani yang hina itu bercantum dan menjadi seketul darah… daging… hingga lahir… kemudian membesar hingga menjadi seperti ini.. mampu membaca… bekerja dan mendapat habuan dari kerja ini.. adakah sahabat sangka ini semua hanya bergantung kepada usaha sahabat semata…. tanpa campur tangan ALLAH.. renungkan pula ayat dari Surah Al Mulk ini
21. Atau siapakah dia yang memberi kamu rezki jika Allah menahan rezki-Nya? Sebenarnya mereka terus menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri?
Sedikit coretan dari ku ini semoga dapat memberi iktibar kepada kita. Aku harapkan sahabat2 dpt menyebarkan artikel ini kpd saudara-mara, sahabat-sahabat lain yg tidak membaca catatan ini melalui komputer mereka. Semoga usaha sahabat2 sentiasa mendapat ‘Redha ALLAH’. Amin..
Ikhlas,
Naqyuddin Noradi
http://www.masjid.me